SAYE SETUJU DGN PENDAPAT hadriegas!
Sharbinee,Safiq dan Singapura.
by Hadrone Kesondreh on Sunday, July 24, 2011 at 3:31am
Tamat sudah 1st leg Kelayakan Piala Duni a 2014 Zon Asia.Keputusan pun dah kita tau.5-3 beriphak pada Singapura dan kita ade 90mnit lagi di Bkt Jalil nanti.Di sini saye berminat utk membuat analisis bagi game 1st leg ni yang mana saya nampak banyak kelemahan yg perlu diperbaiki.Ini pendapat peribadi dan hasil dari luahan hati peminat2 bolasepak yg saye dengar.
Penjaga gol
- Seperti yg saye jangka,memang Sharbinee memulakan permainan mlam tadi.Dia sepatutnya membalas kepercayaan yg Rajagopal berikan pada beliau.Malangnya dia mengulangi semula aksi longlai seperti mana perlawanan pertama AFF suzuki menentang Indonesia tahun lepas.Rajagopal wajar memasukan Khairul Fahmi khamis ini.Ini kerana Fadli Shas dan Muslim Ahmad bermain lebih baik apabila Apex menjadi penjaga goal. Buktinya sepanjang AFF Suzuki Cup dan Perlawanan genting Kelayakan Olimpik bertemu Lubanan 2bulan yg lepas.Dan jika Apex betol2 mahu membuktikan kehadiran dia bukan sekadar penjaga gol kedua negara,beliau mesti menapak kedalam kesebelasan utama Malaysia dgn aksi yg lebih baik dan pnuh meyakinkan.
Pertahanan
- Rapuh dan tak terusus. Ketiadaan ketua di barisan pertahanan membuatkan pertahanan Malaysia kelam kabut bila diserang.Fadli dan Muslim pula memang belum cukup matang.Kekurangan ketenangan juga menjadi kunci kpd kerapuhan benteng pertahanan kita.Sewajarnya mereka berdua lebih bijak utk membaca permainan dan melakukan pintasan yg tepat sebelum penyerang S'pore menyambar peluang yg mereka cipta.Rajagopal patut memasukan Aidil Zafuan dan mengeluarkan salah sorang daripada Fadli dan Muslim.Mahali Jasuli dan Asraruddin pula perlu lebih mantap kerana ketika ini hanya mereka berdua yg terbaik di posisi mereka.Jika kita bole memanggil pemain senior yg tiada dlam senarai ke Singapore,Rajagopal perlu memikirkan utk memanggil Norhafiz/Subramaniam/Marzuki Yusof.Kehadiran pemain2 seperti ini mampu mebawa kesetabilan dalam pasukan.Tapi agak mustahil kerana Rajagopal mesti tidak mahu mengganggu perancangan asal pasukan ini sebelum mereka berlepas ke S'pore lagi.
Tengah
- Safiq Rahim...aduuuuuuuui..ape dah jadi dgn kapten kita ni?Tackle yg tak sepatutnya dia lakukan tlh meberi kesan besar kpd pasukan negara kita.Siapakah yg layak menggantikan beliau?Jika Rajagopal mahu mencuba Badrol juga tiada salahnya.Badrol bole menjaringkan gol dan mencipta jaringan.Posisi Kunalan dan Amar Rohidan memang hanya untuk mereka. Ismail Faruqi dgn persembahan pertamanya yg goyah wajar digantikan dgn pemain seperti Ashaari Samsuddin/Amirulhadi.Pilihan saye utk 2nd leg nanti adalah Kunalan (kiri), Amirulhadi (kanan),Amar (defensive mid) dan Badrol Bahtiar (attacking mid).
Penyerang
- Safee Sali memang berada dlm kelasnya tesendiri. Maslaahnya gandingan beliau yg betol2 serasi belum muncul.Ketika inilah kita merindui aksi Mat Yo dan Zaquan Adha yg terbukti berkesan bila digandingkan dgn beliau.Kehadiran Fakri Saarani juga tak banyak membantu. Namun kemasukan Hadi Yahya bole memberikan kita peluang jaringan di depan gol. Ashaari Samsuddin juga bole bermain diposisi serangan.Sekiranya kita buntu jaringan,Rajagopal perlu bersedia mencuba gandingan Terengganu ini Ashaari-Hadi.
Inilah antara kaji selidik dan pendapat saye.Anda semua mungkin ade pendapat tersendiri.Tapi yg penting marilah kita bersama2 memenuhi stadium Khamis ini.Jadikan Stadium Bukit Jalil kita ini sebagai tempat kita menempa kejayaan layak ke Piala Dunia.Amiiiiiiiinnnnnnnn...
* More video and picture in:http://hadriegas.blogspot.com/2011/07/sharbineesafiq-dan-singapura.html
No comments:
Post a Comment