Smlm mission mengagihkan bubur caca alhamdulillah berjaya!! n alhamdulillah juge smua pon puji sedapp..hihiii.. mmg da niat nk bg kat smua2 jiran..lgpon xde keje, so bnda plg senang nk bt adalah msk bubur .. Syukur keatas rezkiMu...Alhamdulillah..
hmm..Bulan puasa ni dlm kpale otak pikir mcm2..Pikir psl ape lg kn..haruslah pikir nk bt bbuke puasa bsama2 rakan2..Menu2 sudah dipikirkan.. tinggal buat jee.. agak2 bile ehh?? hmmm... Smlm called nana+sai+..., tu kawan2 aysk,tnya ok ke x?? so far xde jwpn lg.nnt dorang update la.. mbr2 poly blom tnye lg...kwn2 bb?? richerd je la kot.. sbb dekat =) plus itu pun klu richerd ada cni n free .. jiran2??.+ niat nk ajak nenek n cik senah bbuke skali..hmm.. tu smua xsure lg..kena bincang balik ngn mom.mcm mn..
My Family mmg sll bt makan2 ni..da biasa dr dulu lg..arwah papa la yg ajar.. arwah papa rajin masak+ rajin layan tekak ank2 nyeee .. n now... i la yg terikot skit perangai papa..suke layan tekak2 org ni.. wpon xla sedap mn pon plus xla terrer mana pon kn.. tp boleh la..jnji boleh msk perot..ihihiiii..
Alhamdulillah..
............................................................................................................................................................
INFO : SHARING IS CARING
UMAT Islam juga amat dianjur membanyakkan amalan bersedekah dalam bulan Ramadan. Banyak hadis Rasulullah yang membicarakan tentang anjuran dan kelebihan bersedekah.
Antaranya, sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa ditulis baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa berkurang walaupun sedikit". (riwayat Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya)
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a menyatakan bahawa: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: Wahai Rasulullah, Sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Rasulullah bersabda: "Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata: Harta ini untuk si pulan, harta ini untuk si pulan, padahal harta engkau itu memang akan diwarisi (dimiliki) oleh orang lain. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim).
Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah) dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut). (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Hakim ibn Hizam r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya. (riwayat al-Bukhari)
"Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”
Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa ( berbuka puasa ) ya Rasulullah ?
Nabi bersabda : “ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air."
for more info pls click :
- http://alqalam.8m.com/vii/qal46.htm
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
for me kan, bukan tunggu bulan ramadhan je.. bile2 pon boleh bt amal jariah ok.. oleh itu rakan2, renung2kan dan slamat beramal.. InsyaAllah..
Berikan lah NUR kpd pintu & isi rumah anda dan juge NUR kpd pintu & isi hati anda =p
No comments:
Post a Comment