Thursday, August 12, 2010

Iklan Raya Petronas 2006- Sayangi Orang Tua Kita



Allah SWT berfirman, Maka janganlah engkau ucapkan "Oof" kepada ibu dan bapamu atau mengherdikkannya bahkan sebaliknya hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang baik dan mulia. 
Rasulullah SAW yang tercinta telah bersabda, Sungguh kecewa dan hinalah orang itu, yang mendapatkan kedua ibu bapanya atau salah satu sampai umur tua, kemudian dia tidak dapat masuk Syurga. Nyatalah kesedihan ibu bapa tatkala melihat dimuka bumi ini telah dijilat dengan api kederhakaan anak-anak yang tidak menaruh sedikit ingatan dan perasaanpun kepada ibu bapa mereka. 


Kiranya ada diantara anak-anak yang ingat budi dan penat lelah, pedih perit yang dirasai oleh ibu bapa mereka ketika memelihara dan membesarkan mereka, anak-anak itu akan melayani ibu bapanya dengan sebaik-baik layanan, sedikit sebanyak sejuk juga hati ibu bapa sebagaimana sejuk perut ibu yang mengandungkannya Al-Quran telah menerangkan kepada kita dengan jelas, jika ucapan "Oof" yang dikeluarkan oleh anak kepada ibu bapanya itu sudah dikirakan menderhaka apatah lagi melakukan sesuatu perkara yang meremuk dan menghancurkan hati ibu bapa, atau tidak memandang kedua-duanya dengan mata mulia dan hormat. 


Sekiranya anak-anak ada ingatan ini, nescaya tidak ada lagi keluhan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tidak terjadi lagi ibu bapa yang tidak mengaku anak-anak mereka dan tidak ada perasaan kesal lagi ibu-ibu melahirkan anak yang derhaka. Nasib ibu bapa dizaman moden ini amat malang sekali, jika mereka hartawan, anak-anak mendoakan supaya ibu bapanya lekas-lekas mati, lekas-lekas meninggal dunia agar mereka dapat mewarisi harta pusaka ibu bapa tetapi jika ibu bapa mereka miskin, anak-anak pula yang benci dan mula mengatakan ibu bapa ini menyusahkan diri mereka sendiri. Ada anak-anak yang menjauhkan diri, ada yang memukul memaki, ada yang menyeranah, ada yang menendang ibu bapa mereka, jangan kita rasa ini hanya drama sahaja, inilah yang benar-benar terjadi dan sedang terjadi di dalam masyarakat Melayu moden kita. Anak lelaki apabila sudah beristeri, isterilah yang menjadi Raja didalam rumah tangga manakala ibu bapanya seolah-olah orang menumpang dan hamba sahaya. Tidakkah ini meluluhkan hati, menghancurkan segala cita-cita yang mengharapkan anak yang dilahirkan dahulu akan menjadi tempat bergantung mereka dimasa tua. 


Walau bagaimanapun, bergembiralah wahai ibu bapa yang malang, bergembiralah, kerana setiap perkara yang dicurahkan kepada anak-anak dimasa kecil tidak akan hilang disisi Allah SWT walaupun telah hilang disisi anak-anaknya. 


Bergembiralah wahai anak-anak yang taat, yang mengasihi ibu bapa mereka kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa dan Syurga yang dituntut adalah dibawah tapak kaki ibunya.


p/s : i teringat arwah papa i , bile die tgk je iklan ni die nangis.. nnt cepat2 die peluk kami.. "jgn bt cmni kat papa n mama tau.. layan la papa n mama mcm mana kami layan ank2 papa..katanya =(


I MISS U DAD!! miss u a lot!! 
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau sahaja la tempat ku bermohon ampun dan maaf..Kepada mu jugalah aku memohon doa. Smoga engkau ampunkn segala dosa2 ku, dosa2 suami ku, dosa2 kedua ibubapaku. Ya Allah,kau ampun kanlah dosa2 papa ku dn semoga engkau tempatkn papaku bsama2 org2 yg beriman. AMIN .Amin Yarabbalalamin
Al-Fatihah!!

No comments:

Post a Comment